Tuesday 4 June 2013

Antara flora yang terancam adalah Periuk Kera, yang mana sekurang-kurangnya terdapat 9 spesis yang ditemui di Gunung Kinabalu sahaja. Periuk Kera sebenarnya adalah tumbuhan istimewa yang mempunyai cecair melekit yang mana serangga yang jatuh akan terperangkap di dalam 'lubang', dan seterusnya membekalkan nutrien kepada tumbuhan tersebut yang tumbuh di kawasan tanah yang kurang subur.


1 comment:

  1. Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

    1.Agensi seperti Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia dan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN ) telah mengambil langkah-langkah yang tertentu
    2.Langkah yang diambil oleh Jabatan Penghutanan Malaysia untuk memelihara hutan di negara kita merupakan penghutanan semula
    3.Kaedah penghutanan semula dilaksanakan dengan menanam semula pokok-pokok yang bermutu dan matang serta tahan daripada seranganpenyakit di kawasan hutan yang telah ditebang
    4.Projek perladangan hutan di Hutan Simpan Kemasul, Pahang Darul Makmur menunjukkan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Kemasul
    5.Projek Ladang Hutan Kompensatori dilancarkan dalam tahun 1982 bertujuan untuk membekalkan bahan kayu kegunaan am bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan
    6.Jabatan Perhutanan Malaysia juga mewartakan banyak kawasan hutan sebagai hutan simpan
    7.Pengawai-pengawai dari Jabatan Perhutanan menggalakkan pembalak menjalankan penebangan hutan terpillih.
    8.Pengeluaran lesen pembalakan juga dihadkan supaya dapat mengawal pembalakan secara berleluasa
    9.Kerajaan menubuhkan Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia ( FRIM ) untuk menjalankanpenyelidikan bagi menghasilkan baka pokok yang bermutu tinggi
    10.Jabatan Perhutanan juga mem beri rawatan silvi kultur kepada hutan yang terdapat di negara kita, Malaysia.
    11.Kerajaan telah mendirikan taman laut dan pusat perlindungan haiwan
    12.Beberapa akta digubalkan oleh kerajaan untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia


    ReplyDelete